Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bukan Student Medic Je Perlu Tahu, Semua Orang Patut Belajar Teknik CPR Untuk Selamatkan Nyawa

Baru-baru ini tersebar video di laman sosial Twitter berikutan seorang warga emas yang tiba-tiba rebah dan pengsan. Saksi menyatakan bahawa beliau mengalami komplikasi jantung. Kebetulan, terdapat pelajar perubatan yang lalu di tempat tersebut dan memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa.

Selepas 10 min, mangsa kembali sedar. Waris mangsa ingin menawarkan ganjaran kepada individu yang menolong warga emas tersebut tetapi beliau menolak.

Advertisement

bukan student medic je perlu tahu, semua orang patut belajar teknik cpr untuk selamatkan nyawa

bukan student medic je perlu tahu, semua orang patut belajar teknik cpr untuk selamatkan nyawa

Kemalangan tersebut memberikan sedikit kesedaran kepada masyarakat umum tentang kepentingan ilmu melaksanakan CPR, yang juga dikenali sebagai prosedur resusitasi kardiopulmonari, atau bantuan pernafasan mulut ke mulut.

Kaedah ini merupakan suatu kaedah bantuan kecemasan yang dilakukan apabila seseorang itu mempunyai permasalahan pada denyutan jantung dan pernafasan. Kaedah ini dapat mnyelamatkan nyawa seseorang yang terkena serangan yang secara tiba-tiba, seperti di dalam video di atas.

Sesiapa pun boleh mempelajari kaedah CPR yang betul mengikut latihan yang diiktiraf. Masa kini, banyak badan-badan bertanggungjawab yang menawarkan latihan CPR, dan terdapat juga kursus yang percuma.

ERA Muzik Hit Terkini