
Sumber: Harian Metro
Advertisement
Tak pernah dengar lagi ada senaman untuk bagi rambut tumbuh melainkan menggunakan syampu atau rawatan yang betul. Tapi lelaki di China ni punya senaman unik yang dilakukan setiap hari kerana mendakwa ianya senaman untuk tumbuhkan rambut.
Lelaki ni berjalan menggunakan kasut yang berat untuk elakkan kepalanya botak. Xiao mendakwa rambutnya kembali tumbuh selepas dia mengamalkan senaman berjalan dengan kasut yang diikat dua besi yang setiap satu seberat 75 kilogram.
“Lihat, rambut ini baru tumbuh.
“Saya berjalan dari tempat letak kereta ke puncak bukit ini semalam. Ia mengambil masa selama lima jam.
“Saya mungkin berjalan sejauh satu atau dua kilometer,” katanya sambil menunjukkan rambut di kepalanya. " katanya yang nak cuba berjalan dengan kasut seberat 440 kilogram pula selepas ini.
