Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Risiko Kena Hack, Pakar Tunjuk Senarai Password Paling Ramai Guna Tahun 2020

Password merupakan satu kata kunci unik yang digunakan untuk log masuk aplikasi dan peranti milik kita.

risiko kena hack, pakar tunjuk senarai password paling ramai guna tahun 2020

Bagaimanapun, ia menjadi masalah kepada segelintir orang apabila perlu memikirkan password yang mungkin sukar untuk diingati. Maka, password yang lebih mudah menjadi pilihan, seperti ‘123456789’, ‘iloveyou’ dan ‘password’.

Advertisement

Menurut kajian oleh NordPass, password ‘123456’ adalah paling banyak digunakan pada tahun 2020, dengan 2,543,258 pengguna.

NordPass merupakan sebuah syarikat yang menguruskan kata kunci berkata, tidak banyak bezanya jenis kata kunci yang digunakan pada tahun 2020 berbanding dengan tahun lalu.

Dengan melihat kepada 275,699,516 password, berikut adalah top 10 senarai kata kunci yang digunakan sepanjang tahun 2020 ini:

  1. 1123456
  2. 123456789
  3. picture1
  4. password
  5. 12345678
  6. 111111
  7. 123123
  8. 12345
  9. 1234567890
  10. senha

Jika ada password anda dalam senarai diatas, dah sampai masa untuk anda menukar kata kunci itu kepada yang lebih sukar digodam, seperti gabungan huruf besar dan kecil bersama nombor dan simbol.

Elakkan daripada menggunakan kata kunci yang mudah seperti tarikh lahir, tahun kelahiran, nombor telefon atau nama anda.

risiko kena hack, pakar tunjuk senarai password paling ramai guna tahun 2020

NordPass juga menasihatkan pengguna menukar password setiap 90 hari, dan berbeza untuk setiap akaun yang anda guna.

Sumber: 7News

ERA Muzik Hit Terkini