Anugerah MeleTOP ERA 2020 (#AME2020) telah berakhir malam tadi dengan cukup meriah.
Berlangsung secara langsung dari PICC, Putrajaya, sebanyak 15 kategori dipertandingkan dengan tambahan 3 kategori iaitu Artis TOP TOP MeleTOP (Lelaki & Wanita) serta Artis TOP TOP MeleTOP Grup/Duo.
Advertisement
Pemenang telah dipilih berdasarkan undian daripada peminat melalui laman web rasmi, khidmat pesanan ringkas (SMS) ataupun melalui aplikasi SYOK.
Berikut adalah senarai penuh pemenang bagi setiap kategori di AME2020:
1. Fesyen MeleTOP : Syafiq Kyle
2. Hos MeleTOP: Alif Satar
3. Couple MeleTOP: Hanis Zalikha & Hairul Azreen
4. Si Cilik MeleTOP: Alisa Aisyah
5. Artis Baharu MeleTOP: Han Byul (Big Stage S2)
6. Influencer MeleTOP: Syahmi Sazli Production
7. Program MeleTOP: Sepahtu Reunion Live 2019
8. Artis Versatil MeleTOP: Siti Nordiana
9. Drama MeleTOP: Sweet Dreams
10: Pelakon MeleTOP: Ben Amir (Sweet Dreams)
11. Group/Duo MeleTOP: Khai Bahar & Siti Nordiana (Satukan Rasa)
12. Lagu MeleTOP: Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)
13. Penyanyi MeleTOP: Haqiem Rusli
14. Bintang Filem MeleTOP: Syafiq Kyle
15. Filem MeleTOP: Ejen Ali The Movie
16. Artis TOP TOP MeleTOP (Lelaki): Haqiem Rusli
17. Artis TOP TOP MeleTOP (Wanita): Siti Nordiana
18, Artis TOP TOP MeleTOP Grup/Duo: Khai Bahar & Siti Nordiana
Selain itu, Anugerah Wira MeleTOP diberikan kepada Ebit Lew, sebagai tanda penghargaan kepada beliau atas segala jasa dan pengorbanan yang diberikan kepadanya selama ini.
#AME2020 : Anugerah Wira MeleTop ERA diberikan kepada Ustaz @Ebitlew_ #YangEpikYangLegend
— ERA (@ERAdotje) December 20, 2020
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pemenang AME2020!
Sumber: MeleTOP