Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sepanyol Mohon Maaf Sembur Pantai Dengan Peluntur Elak COVID-19

Seorang pegawai di selatan Sepanyol telah membuat permohonan maaf kerana menyemburkan pantai Zahara de los Atunes, dengan peluntur yang dicairkan dalam usaha melindungi penduduk dan orang awam daripada ancaman COVID-19.

sepanyol mohon maaf sembur pantai dengan peluntur elak covid-19

Perkampungan nelayan Zahara de los Atunes di Sepanyol telah dikunjungi oleh beberapa buah traktor yang dilengkapi penyembur berpeluntur di sepanjang pantainya minggu lalu.

Advertisement

sepanyol mohon maaf sembur pantai dengan peluntur elak covid-19

Sepanyol adalah antara negara yang paling teruk terkena virus COVID-19, dengan lebih daripada 23,800 kematian. Disebabkan itu, pemerintah dinegara terbabit telah mengenakan perintah berkurung mulai pertengahan bulan Mac.

Perintah itu bagaimanapun telah dilonggarkan bagi membenarkan mereka yang berusia di bawah 14 tahun untuk melakukan aktiviti harian diluar rumah masing-masing dalam masa satu jam. Disebabkan itu, pihak berkuasa dikawasan berkenaan bertindak menyembur cecair pembasmi kuman disekitar kawasan pantai sebagai langkah mengelakkan jangkitan COVID-19.

Keputusan untuk membasmi kuman di kawasan pantai telah menimbulkan kemarahan ahli alam sekitar. "Itu sangat tidak masuk akal.

“Pantai adalah ekosistem hidup. Dan apabila anda menyemburkannya dengan peluntur, anda membunuh semua yang anda temui. ", kata María Dolores Iglesias Benítez, ketua persatuan penduduk setempat kepada pemberita.

Sumber: The Guardian

ERA Muzik Hit Terkini