Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sesi Persekolahan Bermula Hari Ini, Calon Exam Besar Kembali Ke Sekolah

Sesi persekolahan bagi 2021 telah bermula hari ini dengan pelajar yang menduduki peperiksaan besar sahaja dibenarkan kembali ke sekolah.

sesi persekolahan bermula hari ini, calon exam besar kembali ke sekolah

Calon SPM, SVM, SKM, STPM, STAM dan DVM tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara sahaja dibenarkan untuk menjalani pembelajaran secara fizikal, manakala pelajar-pelajar lain akan mengikuti kelas secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Advertisement

sesi persekolahan bermula hari ini, calon exam besar kembali ke sekolah

Ia berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih lagi dilaksanakan dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 dinegara ini.

Menurut tinjauan oleh Astro Awani ke SMK Seri Permaisuri di Cheras awal pagi tadi, pelajar yang kembali ke sekolah mengikuti norma baharu dan juga SOP yang ditetapkan seperti mencatit suhu, memakai pelitup muka, mendaftar masuk dan mengamalkan penjarakan sosial.

sesi persekolahan bermula hari ini, calon exam besar kembali ke sekolah

sesi persekolahan bermula hari ini, calon exam besar kembali ke sekolah

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan untuk menangguh sesi persekolahan secara fizikal dan hanya membenarkan pelajar yang menduduki peperiksaan besar untuk menjalani persekolahan secara bersemuka.

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini