
Mesti ramai yang dah tak sabar nak menunggu konsert daripada Seventeen. Selepas Asia Pacific Tour tahun lalu, tahun ni Seventeen akan memulakan jelajah seluruh dunia dengan pergi ke bandar-bandar besar di 13 buah negara termasuk lah Amerika Utara.
Advertisement
Konsert jelajah ni diberi nama 2017 Seventeen 1st World Tour : Diamond Edge akan diadakan pada 9 September 2017, Sabtu, 7.30 malam di Stadium Negara.
Tiket boleh dibeli bermula 10 Julai ini di pejabat TicketCharge, cawangan terpilih Speedy, Rock Corner, Chambers Music, PJ Libe Arts dan di kaunter informasi The Mines dan 1 Shamelin. Bagi yang berada di luar Lembah Klang boleh di beli di Eden Ultimate (Kuantan) dan Blonde Brunette (Penang) atau telefon TicketCharge hotline +603-92228811.
Harga tiket :
- Rock zone –RM530 (free standing)
- V.I.P –RM510 (numbered seat)
- Cat 1 – RM410 (numbered seat)
- Cat 2 – RM310 (free seating)
- Cat 3 – RM210 (free seating)

*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
