Perkhidmatan kereta sewa diadakan bagi memudahkan orang ramai untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi lain. Namun ia sedikit berbeza dengan segelintir penduduk di negara Jepun.

Advertisement
Di Jepun, terdapat trend pelik dimana pelanggan yang menyewa kenderaan bukan untuk memandu, sebaliknya hanya untuk tidur dan berehat.
Sebuah syarikat sewa kereta, NTT Docomo memberitahu, tahun lalu seorang daripada lapan penyewa menggunakan perkhidmatan mereka bukan untuk tujuan pengangkutan.

Kebanyakkan penyewa hanya menyewa kereta untuk tidur atau berehat didalamnya, dan ada juga yang mahu menjadikan kereta sebagai tempat berbual dengan rakan, ahli keluarga dan rakan perniagaan.
Malah ada juga yang sewa kereta hanya untuk makan, menonton televisyen dan membuat senaman serta mengecas telefon didalamnya.
Japanese car rental companies couldn't figure out why their cars were be rented, but not driven.
— James Riney 🐠 (@james_riney) July 4, 2019
So they did a survey to find out:
😴naps
👨💻work
📦storage
📱charge phones
🍱eat
🤙talk on the phone
📺watch TV
🎃dress up for halloween
🎶practice rappinghttps://t.co/9qNg4r2DXy
Sumber: The Guardian
