Ekoran daripada penularan wabak koronavirus (Covid-19), bandar Shenzen akan memulakan larangan penduduk mereka memakan anjing dan kucing.

Larangan yang dicadangkan itu termasuk dalam sembilan lagi jenis daging iaitu ayam, daging lembu, arnab, khinzir, ikan dan juga makanan laut.
Advertisement
"Larangan tersebut adalah amalan biasa di negara maju dan menjadi keperluan universal tamadun moden. Walaupun urus niaga di Shenzhen di selatan China agak kecil berbanding wilayah lain, ia adalah bandar lebih besar berbanding Wuhan.
"Langkah ini adalah sangat penting dan akan memberi kesan domino dan akan disusuli bandar lain," menurut kandungan notis tersebut.
Notis tersebut turut menyatakan terdapat lebih 2,000 spesis haiwan liar yang dilindungi di China.
Sumber: Sinar Harian