Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tiket Shila Amzah “Journey To The Future” Live Tour 2023 Mula Dijual Hari Ini!

Shila-Amzah_Official-Photo_3-1.jpeg

Penyanyi dan komposer hebat tanah air Shila Amzah bakal melakukan Live Tour di 5 lokasi iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah, Singapura dan Indonesia. 

Advertisement

Konsert Jelajah tersebut bakal menampilkan produser tersohor, Lee Nai Kong, selaku pengarah muzik yang akan menyelia sususan muzik dan hala tuju secara persembahan secara keseluruhan.

5743EF24-AED7-4BEB-9AC7-70F51D739EDA-1.jpg

Tiket boleh didapati pada harga RM238, RM338, RM438 dan RM638 (VIP) menerusi All Access Asia dan TicketCharge bermula 16 Januari 2023, pukul 11 pagi. Pemegang tiket VIP akan turut menerima kad bergambar (photocard) dan peluang bergambar berkumpulan bersama Shila Amzah.

B7D72ED2-68FD-4C61-9D8B-868F32D96B36-1.jpg

Sebagai info, Shila Amzah memulakan kerjaya seninya bermula seawal usia 4 tahun. Sepanjang kerjaya beliau, Shila telah berjaya memenangi Anugerah Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik Ke-19 (AIM19),  Anugerah Kembara pada Anugerah Industri Muzik Ke-20 (AIM20) dan beliau menjuarai Asian Wave (2012), sebuah pertandingan realiti nyanyian di Shanghai dan terbaru, menjadi juara The Masked Singer Malaysia musim ke-2 (2022).

ERA Muzik Hit Terkini