
Misteri kelibat wanita bertudung ketika melakukan pemeriksaan kesihatan keatas pemain Liverpool, Joe Gomez dalam video rasmi kelab tersebut akhirnya terjawab.
Advertisement
Video berdurasi 10 minit itu telah dimuatnaik menerusi Youtube dan pada minit ke 5:10 saat, kelihatan wanita berhijab pink dengan memakai T-Shirt putih.

Beliau adalah seorang rakyat Malaysia yang kini melanjutkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang fisiologi kardiovaskular di Universiti Liverpool John Moores.
Alea Ellie atau nama sebenarnya Aleah Mohammad, 37, mulakan pengajiannya pada 2015 dan mula terlibat dalam ujian saringan kelab terkemuka itu.
Rata-rata peminat memuji dan berbangga dengan Alea serta mendoakan beliau terus berjaya dimasa akan datang.
Sumber: Awani
