Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Selepas Restoran, Simulasi Ini Tunjuk Macam Mana Virus Tersebar Dalam Pesawat

Baru-baru ini, satu kajian oleh sekumpulan saintis di China, telah menunjukkan bagaimana sistem pengudaraan di restoran menjadi punca kepada penyebaran wabak koronavirus.

lihat bagaimana air-cond di restoran mampu sebarkan covid-19

Kali ini, satu simulasi yang dicipta oleh Purdue University di Amerika Syarikat pada tahun 2014 telah menjadi sebutan ramai, menunjukkan bagaimana virus SARS ketika itu boleh merebak dalam ruang kabin pesawat.

Advertisement

selepas restoran, simulasi ini tunjuk macam mana virus tersebar dalam pesawat

Kajian oleh School of Mechanical Engineering dari universiti tersebut jelas menunjukkan bagaimana titisan kecil yang tidak kelihatan daripada batuk boleh tersebar dalam pesawat penumpang Boeing 767.

selepas restoran, simulasi ini tunjuk macam mana virus tersebar dalam pesawat

Dalam pesawat terbabit, dianggarkan 10 orang boleh dijangkiti selepas hanya seorang yang batuk dan menyebarkan virus SARS dalam ruang terkurung tersebut.

Simulasi itu juga telah mendorong syarikat penerbangan mencari sistem pengudaraan yang lebih selamat supaya virus tidak mudah merebak kepada penumpang dalam pesawat.

Bagaimanapun, laporan itu hanya terpakai untuk virus SARS dan bukannya COVID-19 yang sedang dihadapi ketika ini. Namun, ia boleh menjadi petujuk awal kepada perubahan sistem pengudaraan, baik dalam pesawat, mahupun di mana-mana jua.

Sumber: Daily Mail

ERA Muzik Hit Terkini