Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wanita Ini Berjaya Halau Singa Guna Lagu Metal Rock

Siapa sangka muzik lagu rock kumpulan Metallica mampu menakutkan haiwan pemangsa seperti singa?
 

Itu yang terjadi kepada seorang wanita yang melakukan aktiviti berjalan kaki dalam hutan di British Columbia, Kanada, yang berjaya menghalau singa menggunakan lagu ‘Don't Tread On Me’, nyanyian kumpulan Metallica.

Advertisement

wanita ini berjaya halau singa guna lagu metallica

Dee Gallant, 45, pada mulanya berjalan di pinggir Lembah Cowichan dan seekor singa dikatakan mula mengekorinya.

wanita ini berjaya halau singa guna lagu metallica

Beliau yang ketakutan mulai menjerit kuat sebelum singa berkenaan berhenti dan memerhatikan beliau.

“Saya cuba menghalau dengan menjerit ke arahnya menggunakan pelbagai perkataan, termasuk ‘kucing jahat’ dan ‘pergi dari sini’ tetapi singa itu hanya berdiri tegak memerhati kami,” katanya.

Dee kemudiannya mengeluarkan telefon dan memilih lagu Metallica kerana memikirkan muzik yang paling kuat. Singa gunung itu melarikan diri sebaik sahaja mendengar lagu tersebut dipasang.

Kajian juga mendapati, singa gunung sebenarnya takutkan manusia. Jadi tidak hairan lah harimau tu lari.

Sumber: News18

ERA Muzik Hit Terkini