Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Singa Terbaring Selesa Tengah Jalan Raya Ketika Manusia Sedang Berkurung

Ketika banyak negara sedang melaksanakan perintah kawalan dan menyebabkan manusia untuk duduk dirumah, banyak haiwan dilihat mula selesa untuk keluar dan menyesuaikan diri dengan alam sekitar.

Kejadian berlaku di Afrika Selatan apabila beberapa ekor singa dilihat mengambil alih jalan raya dengan berbaring selesa.

Advertisement

singa terbaring selesa tengah jalan raya ketika manusia sedang berkurung

Menurut CNN, foto daripada Taman Negara Kruger di Afrika Selatan itu jelas menunjukkan sekumpulan singa itu langsung tidak terganggu dengan kehadiran jurugambar.

singa terbaring selesa tengah jalan raya ketika manusia sedang berkurung

Malah, laman Twitter rasmi Kruger National Park turut melaporkan bahawa sekumpulan singa itu biasanya akan berada di Taman Negara Kontrak Kempiana, iaitu satu kawasan yang tidak dapat dilihat oleh pelancong.

singa terbaring selesa tengah jalan raya ketika manusia sedang berkurung

Bagaimanapun, sejak pelaksanaan lockdown di Afrika Selatan, singa berkenaan dilihat selesa berbaring di atas jalan kerana tiada kerena yang melintas pada waktu ini.

Dalam perkembangan lain, seekor monyet sempat dirakam bermain layang-layang ketika pelaksanaan perintah berkurung di India, baru-baru ini.

Sumber: CNN

ERA Muzik Hit Terkini