Singapura mengambil langkah berjaga-jaga bagi membanteras penularan wabak COVID-19 dengan mengumumkan pembatalan penganjuran Bazar Raya tahun ini.

Keputusan dibuat selepas Pertubuhan Rakyat Singapura memandang isu pandemik COVID-19 ini sebagai satu ancaman dunia.
Advertisement
Pertubuhan Rakyat Singapura merupakan salah satu badan berkanun yang diwujudkan kerajaan republik itu bertujuan memupuk semangat harmoni dalam kalangan kaum di Singapura.
Kebiasaannya, Bazar Raya diadakan beberapa hari sebelum bermulanya bulan Ramadan dan akan berakhir pada 1 Syawal setiap tahun.

Cadangan awal Bazar Raya akan diadakan bermula 18 April sehingga 24 Mei di beberapa lokasi penumpuan Melayu seperti di Woodlans, Geylang Serai dan Tampines.
Namun begitu, pembatalan Bazar Raya telah diumumkan menerusi satu siaran media dinegara terbabit, menyebabkan mungkin timbulnya kekecewaan pengunjung tegar dan juga peniaga.
“Pembatalan ini sudah tentu akan menimbulkan kekecewaan pengunjung tegar dan peniaga dan sedikit sebanyak mengurangkan keceriaan pada Ramadan dan Hari Raya,” katanya dalam satu kenyataan.
Sumber: Awani