Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Singapura Bakal Nikmati Daging Ayam Buatan Makmal

Negara jiran, Singapura telah pun meluluskan daging ayam yang dihasilkan sendiri daripada makmal.

singapura bakal nikmati daging ayam buatan makmal

Daging ayam itu adalah ayam kultur hasil kepakaran syarikat peneraju teknologi makanan yang berpangkalan di San Franciso, Amerika Syarikat.

Advertisement

Menurut CNA, syarikat yang dikenali sebagai Eat Just telah memaklumkan ayam kulturnya itu juga mendapat kelulusan pihak berkuasa Singapura.

Eat Just juga terkenal dengan produk pengganti telur berasaskan tumbuhan.

Daging kultur atau berasaskan sel dihasilkan dalam makmal menggunakan sel haiwan. Bagaimanapun, kaedah dan kos penghasilannya tidak didedahkan kerana ia dilindungi hak milik intelek.

Ujian keselamatan keatas ayam kultur itu juga mendapati ia mengandungi kandungan mikrobiologi yang sangat rendah berbanding ayam biasa.

Dihasilkan di Pusat Inovasi dan Sumber Makanan sebuah kemudahan kajian makanan yang dikendalikan bersama oleh Politeknik Singapura dan agensi kerajaan, Enterprise Singapore, daging ayam makmal ini juga akan digunakan sebagai bahan dalam produk nuget yang bakal dilancarkan syarikat terbabit. Buat masa ini, ia akan dipasarkan di sebuah restoran terlebih dahulu, sebelum ia dipasarkan lebih meluas.

Malahan, harga yang dijangka dijual keatas daging ayam makmal ini mungkin lebih rendah berbanding ayam biasa pada tahun akan datang.

Sumber: CNA

ERA Muzik Hit Terkini