Satu kajian daripada sekumpulan penyelidik dari Havard merumuskan penjarakan sosial atau Social distancing, perlu dilakukan sekurang-kurangnya sehingga tahun 2022.

Ia adalah perlu bagi memastikan penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan sepenuhnya dan tiada lagi kes jangkitan dikesan selepas tempoh masa berkenaan.
Advertisement
Sekumpulan penyelidik dari Havard ini mensimulasikan data daripada komputer, dimana wabak COVID-19 ini boleh menjadi bermusim hingga membuatkan mangsa menjadi demam dan kadar jangkitan lebih tinggi ketika musim sejuk.
Menurut kajian yang diketuai oleh Stephen Kissler itu lagi, penjarakan sosial yang tidak konsisten boleh membuatkan keadaan dan jangkitan antara manusia, menjadi lebih teruk.
"Kami mendapati penjarakan sosial yang dilakukan hanya sekali, tidak cukup untuk mengelakkan penularan wabak SARS-CoV-2.
"Apa yang boleh dilakukan nanti adalah penjarakan sosial perlu dibuat sekali-sekala untuk memastikan keadaan benar-benar selamat", ujar Kissler.

Tambah lagi, perintah berkurung juga boleh dilonggarkan ketika vaksin sudah ditemui kelak, namun sementara vaksin masih lagi dicari, penjarakan sosial secara sekali-sekala boleh memberikan hospital masa untuk meningkatkan kapasiti rawatan kritikal bagi mengatasi lonjakan kes-kes yang akan terjadi dimasa akan datang.
Penjarakan sosial yang terlampau juga tidak baik kerana ia boleh memberikan kesan buruk kepada komunikasi dan juga populasi sesama manusia.
Sumber: Awani