Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Selangor Benar Solat Jumaat Ikut Kapasiti Masjid Mulai Hari Ini

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan pertambahan bilangan jemaah solat Jumaat dan solat lima waktu di masjid dan surau mengikut jumlah kapasiti sebenar ruang solat masjid dan surau dengan penjarakan sosial 1.5 meter (m) berkuat kuasa hari ini.

dah boleh solat jumaat dan jemaah di masjid mulai esok dengan syarat

Kebenaran itu melibatkan semua masjid dan surau yang diberi Kebenaran Khas Solat Jumaat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Advertisement

Bagaimanapun, pendaftaran dan penggiliran yang ditetapkan sebelum ini masih lagi perlu dilalui bagi melaksanakan solat Jumaat.

"Sistem yang lebih efisien sedang dibuat bagi memudahkan jemaah untuk mendaftar dan menerima maklum balas kehadiran solat Jumaat.

"Bagi pelaksanaan solat lima waktu, kaedah kehadiran jemaah secara terbuka adalah dibenarkan sehingga kapasiti sebenar ruang solat selepas penjarakan sosial 1.5 m dipenuhi atau diisi.

"Bagaimanapun, kehadiran jemaah muslimat (wanita) adalah tidak dibenarkan kecuali di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan Masjid Diraja Raja Haji Fi Sabililah, Cyberjaya," kata Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad dalam satu kenyataan.

JAIS juga akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memantau pematuhan SOP dan tidak teragak-agak mengambil tindakan jika berlaku perlanggaran terhadap ketetapan SOP ini.

Sumber

ERA Muzik Hit Terkini