Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mungkin Laksana SOP Lebih Ketat, Apa Agaknya Pengumuman Isnin Ini?

Satu pengumuman berkaitan COVID-19 bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin pada Isnin depan, membuatkan ramai ternanti-nanti.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya semalam berkata, kerajaan mengikuti rapat berhubung situasi harian COVID-19 dan akan terus mengkaji segala persiapan bagi mengawal penularan pandemik.

Advertisement

“Kerajaan memandang serius perkembangan terbaharu COVID-19 dan kita meneliti segala cadangan dan pandangan berhubung kebimbangan peningkatan kes harian.

“Kerajaan menerusi sidang khas MKN sedang memperhalusi tindakan yang perlu diambil termasuk mempertimbangkan SOP yang lebih ketat dilaksanakan.

“InsyaAllah satu pengumuman akan dibuat oleh Perdana Menteri pada Isnin bagi memaklumkan tindakan yang akan dilaksanakan,” katanya ketika sidang media pada Jumaat.

Katanya, perkara itu termasuk meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor sosial dan beberapa lagi yang lain berdasarkan situasi semasa COVID-19 di negara.

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini