Sotong adalah antara haiwan yang dikategorikan sebagai bijak yang tinggal dalam laut dalam. Kajian juga menunjukkan sotong adalah haiwan yang sangat beremosi.
Sebuah video yang dimuatnaik dilaman Youtube oleh Godfrey-Smith menunjukkan bahawa haiwan tersebut bukan sahaja bijak dan beremosi, malah juga berupaya mengingat wajah seseorang.
Advertisement

Pada mulanya, keluarga Smith telah menyelamatkan seekor sotong yang tersadai dipersisiran pantai dan memindahkan sotong berkenaan balik ke laut.

Tanpa disangka, keesokkan harinya di tempat yang sama, sotong terbabit datang dan mengekori keluarga Smith dari persisiran pantai.

Hampir sejam sotong berkenaan berada disitu dan cuba untuk menyentuh kaki setiap ahli keluarga Smith, sebagai tanda terima kasih kerana telah menyelamatkannya.

Disebabkan kejadian itu, keluarga Smith berjanji mereka tidak akan makan sotong lagi.
Sumber: Youtube