Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Mirip Darth Vader, Pengkaji Temui Spesis Lipas Laut

Jika anda jenis takut pada lipas, anda patut lihat spesis lipas laut yang ditemui pengkaji baru-baru ini.

mirip darth vader, pengkaji temui spesis lipas laut

Ditemui di Lautan Hindi oleh pengkaji dari Universiti Kebangsaan Singapura, hidupan ganjil ini mempunyai tujuh pasang kaki dengan nama saintifik Bathynoumus giganteous.

Advertisement

Lipas laut berkenaan juga dikenali sebagai isopod, adalah hidupan laut tanpa tulang belakang dan tergolong dalam keluarga ketam dan udang.

mirip darth vader, pengkaji temui spesis lipas laut

Penyelidikan yang dijalankan oleh pasukan berkenaan selama dua minggu berjaya mengumpulkan 12,000 hidupan marin daripada 800 spesis dengan 12 daripadanya belum direkodkan secara saintifik.

mirip darth vader, pengkaji temui spesis lipas laut

mirip darth vader, pengkaji temui spesis lipas laut

Kebanyakan isopod biasanya boleh membesar sehingga 33 sentimeter, namun Bathynoumus giganteous yang ditemui ini boleh mencapai sehingga lebih 50 sentimeter.

Rata-rata warganet yang pertama kali melihat spesis lipas laut berkenaan menyamakan ia dengan watak Darth Vader dalam Star Wars, malah mencadangkan agar namanya ditukar juga kepada Isopod Darth Vader.

mirip darth vader, pengkaji temui spesis lipas laut

Sumber: Daily Star

ERA Muzik Hit Terkini