Skip to main content

Advertisement

Hiburan

(Video) Kalahkan Ajax, Tottenham Hotspurs Jumpa Liverpool Di Final Liga Juara-Juara

Tottenham Hotspurs menempah tiket ke final Liga Juara-Juara musim kali ini selepas menewaskan Ajax Amsterdam dengan skor 3-2 pada semifinal kedua yang diadakan di Amsterdam Arena.

Spurs yang mempunyai kelebihan gol tempat lawan dikejutkan dengan jaringan pada awal minit perlawanan oleh Matthjis de Ligt pada minit ke-5 dan Hakim Ziyech menambah jaringan Ajax pada minit ke-35.

Advertisement

(video) kalahkan ajax, tottenham hotspurs jumpa liverpool di final liga juara-juara

Pada babak kedua, penguasaan oleh Spurs dengan hatrik daripada Lucas Moura pada minit ke 55’, 59’ dan masa kecederaan pada minit ke 90+6’, menjadikan Spurs layak ke final Liga Juara-Juara 18/19.

(video) kalahkan ajax, tottenham hotspurs jumpa liverpool di final liga juara-juara

Terdahulu, Liverpool telah menempah tiket ke final selepas menewaskan Barcelona di Stadium Anfield dengan agregat 4-3.

Final Liga Juara-Juara 18/19 akan diadakan pada 2 Jun, jam 3 pagi.

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini