Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Piala Dunia: England Kekal Di Qatar, Tapi Raheem Sterling Kena Pulang ke England?

Pemain England, Raheem Sterling dilaporkan akan pulang ke England apabila rumahnya dikatakan telah diceroboh dan dirompak. Pemain berusia 27 tahun itu dibenarkan pulang ke rumahnya oleh jurulatih England, Gareth Southgate. 

IMG_9290-1.jpg

Jurulatih England itu mengesahkan Sterling akan pulang ke London dan tiada tarikh yang tetap dia akan datang semula ke Qatar untuk bermain bersama England di Piala Dunia. Tambah Southgate, “ Sterling perlu menyelesaikan masalah situasi keluarga beliau di England. Kita perlu beri beliau masa buat yang terbaik untuk keluarganya. Itu yang penting.”

Advertisement

Selain itu, ketua pasukan England Harry Kane juga berkata “ Kami turut bersimpati atas apa yang terjadi kepada Sterling dan keluarganya. Kami harap urusan Sterling dan keluarganya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar dan harap beliau dapat kembali ke skuad kami secepat mungkin. “

England akan menentang France di perlawanan suku akhir FIFA Piala Dunia 2022 di Qatar pada 11 Disember nanti.

ERA Muzik Hit Terkini