Pejam celik sudah dua tahun Sukan SEA ke-28 berakhir. 19 Ogos ini bakal melakar satu sejarah buat Malaysia yang bakal menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-29.
Selain sukan memanah, badminton dan bola sepak, tahukah anda ada beberapa sukan lain yang telah lama tidak dipertandingkan dan sesetengahnya tidak pernah dipertandingkan lagi terpilih untuk beraksi tahun ini. Jom lihat apakah sukan yang dimaksudkan.
#1 Arnis (kali terakhir dipertandingkan pada 2005 di Manila, Filipina)
Sukan yang berasal dari Filipina ini turut dikenali sebagai Kali atau Eskrima, merupakan suka bela diri yang melibatkan pukulan serta pertahanan menggunakan tangan, mengunci lawan dan aksi menggunakan senjata.
#2 Kriket (akan dipertandingkan pada 2017)
Sukan ini cukup terkenal seantero dunia. Kemunculan sukan ini dalam sukan SEA tentunya menambah keterujaan apatah lagi bakal dipertandingankan buat pertama kali dalam sejarah Sukan SEA!
#3 Figure skating (akan dipertandingkan tahun 2017)
Buat julung kalinya, acara luncur ais akan dipertandingkan dalam Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur dan Malaysia merupakan perintis kepada penganjuran acara sukan musim sejuk di Asia Tenggara. Figure skating merupakan salah satu daripada disiplin luncur ais yang bertempat di Empire Gallery Mall.
#4 Vovinam (kali terakhir dipertandingkan pada 2013 di Myanmar)
Satu lagi acara sukan seni bela diri yang kembali menghangat acara Sukan SEA di Malaysia. Vovinam, sukan bela diri Vietnam yang tidak menggunakan senjata, hanya tumbukan, tendangan, mengelak dan mengacuh pihak lawan.
#5 Polo (akan dipertandingkan tahun 2017)
Walaupun bukan kali pertama sukan ini dipertandingkan di arena Sukan SEA tetapi telah sekian lama sejak Sukan SEA Thailand tahun 2007. Polo, dikenali sebagai sukan orang kenamaan, mengejar bola dengan menggunakan kuda. Lebih membuatkan sukan ini istimewa apabila Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin tersenarai pendek dalam pasukan polo kebangsaan. Adakah KJ akan berjaya mara ke peringkat seterusnya, sama-sama kita nantikan.
Sertai kemeriahan KL2017 yang bakal berlangsung 19 hingga 30 Ogos 2017 ini dengan menyertai kembara Skuad Team Malaysia ke serata Malaysia.
Mudah sahaja, anda hanya perlu lekatkan pelekat kereta ‘SEMANGATKU’ di kenderaan dan bertemu Skuad Team Malaysia untuk peluang membawa pulang eksklusif jersi Team Malaysia dan tiket ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara PERCUMA!
Dengarkan ERA.fm untuk mengetahui lokasi Skuad Team Malaysia untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik. Anda juga boleh mendapatkan pelekat kereta ini di mana-mana TM Point seluruh negara dan lorong tambah nilai Lebuhraya PLUS terpilih. Layari http://www.teammalaysia.my/KL2017 untuk maklumat lanjut.
#KamiTeamMalaysia #BangkitBersama #SemangatNegaraku #Negaraku