
Pengasas Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr KK Chai dan isterinya, dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada semua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu penjualan stoking yang mengandungi kalimah ALLAH oleh Mahkamah Sesyen hari ini.
Advertisement
Selain itu, perintah DNA juga turut diberikan kepada tiga pengarah syarikat pembekal, Xin Jian Chang Sdn Bhd atas isu yang sama.
Pada 26 Mac lalu, Kee Kan dan Siew Mui yang juga Pengarah KK Super Mart & Superstore mengaku tidak bersalah kerana sengaja melukakan perasaan orang Islam dengan mempamerkan stoking berkalimah ALLAH.
Sementara itu, syarikat pembekal yang mengedar barangan kepada KK Super Mart iaitu Xin Jian Chang Sdn Bhd bersama tiga pengarahnya, iaitu tiga beranak, suami, Soh Chin Huat, 61; isterinya, Goh Li Huay, 62; dan anak mereka, Soh Hui San, 36, didakwa atas masing-masing satu pertuduhan bersubahat.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 298 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sumber: Sinar Harian