Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kadar Jangkitan Lebih Tinggi, Strain Baru COVID-19 dari UK Mula Tersebar

Strain atau varian baharu COVID-19 yang dikatakan mempunyai kadar jangkitan lebih tinggi berbanding strain sedia ada, kini sudah mula tersebar ke beberapa negara lain di Eropah, Amerika Utara, Asia dan Australia.

kadar jangkitan lebih tinggi, strain baru covid-19 dari uk mula tersebar

Strain baru yang asalnya dari United Kingdom itu juga sudah mula dikesan di Kanada, Jepun, Australia dan Lubnan, selain juga ditemui kini di Perancis, Sepanyol, Sweden, Belanda, Jerman dan Itali.

Advertisement

kadar jangkitan lebih tinggi, strain baru covid-19 dari uk mula tersebar

Meskipun ia adalah strain baharu COVID-19, saintis berpendapat bahawa ia tidaklah lebih merbahaya daripada strain sedia ada, atau kebal daripada vaksin.

Ekoran daripada penularan strain baharu ini, beberapa negara mula mengambil langkah bagi mengekang penularan strain baharu ini seperti menutup sempadan negara dan mengemukakan bukti negatif ujian COVID-19 sebelum menaiki pesawat.

Baru-baru ini juga, Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham juga mengesahkan tiada lagi laporan berkenaan strain baharu COVID-19 direkodkan di Malaysia buat masa ini.

Sumber: [1] [2]

ERA Muzik Hit Terkini