
Dr Norlen Ahmad, Pakar Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan berkata strok haba berisiko terjadi kepada semua orang sekiranya dia terdedah kepada keadaan panas melampau. Golongan warga emas, kanak-kanak & mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis pula lebih berisiko mendapat strok haba.
Advertisement
Strok haba boleh berlaku secara pantas sehingga boleh menyebabkan kegagalan fungsi otak, sawan dan boleh mendatangkan maut. Langkah segera perlu diambil bagi mengelakkan strok haba dengan meletakkan tuala basah di atas kepala, bawah lengan, tepi peha serta tengkuk dan juga memindahkan mereka yang terkena strok haba ke tempat lebih redup dan sejuk. Langkah ini dapat mengurangkan suhu badan yang tinggi.
Tambahan lagi, pastikan mengamalkan cara-cara berikut bagi mencegah strok haba dengan memperbanyakkan minum air kosong, kurangkan aktiviti luar , pakai pakaian yang nipis serta pantau keadaan kesihatan diri.
Sumber: Astro Awani/ Bernama