Sebuah sekolah di Shanghai, China, telah mewajibkan sukan golf dalam kurikulum sekolah mereka.

Menurut pengetua sekolah berkenaan, kanak-kanak berusia 7 hingga 8 tahun diberi peluang untuk belajar sukan golf, sebagai cara untuk menempatkan mereka di dalam masyarakat antarabangsa.
Advertisement





Ji Yankun, yang juga pengetua sekolah rendah Jingwulu di Jinan, sebuah daerah di timur Shandong, China memberitahu bahawa sukan golf membentuk keazaman yang tinggi, berdisiplin dan lebih beradab.

Sehingga kini, lebih banyak sekolah rendah di China yang mewajibkan pelajar mereka belajar sukan golf, sebagai subjek wajib lulus.
Sumber: Telegraph