Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Suami Kejam Belah Perut Isteri Gara-Gara Nak Tahu Jantina Bayi

Gara-gara ingin tahu jantina bayi, seorang suami bertindak kejam membelah perut isterinya yang sarat mengandung.

suami kejam belah perut isteri gara-gara nak tahu jantina bayi

Kejadian berlaku di Budaun, Uttar Pradesh dekat India, selepas Pravin Singh yang juga bapa kepada lima orang anak perempuan membelah perut isterinya menggunakan sebilah senjata tajam.

Advertisement

Menurut pihak berkuasa tempatan, lelaki berkenaan bertindak sedemikian gara-gara ingin mengetahui jantina bayi yang dikandung isterinya.

Wanita yang hamil tujuh bulan itu cedera parah dan dikejarkan ke hospital berdekatan.

Menurut keluarga mangsa, lelaki berkenaan bertindak sedemikian kerana beliau sangat mahukan seorang anak lelaki, selepas mempunyai lima orang anak perempuan sebelum ini.

Sumber: India Times

ERA Muzik Hit Terkini