Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Suami Isteri Sepakat Beri Nama Anak 'Sanitiser' Sebab Senang Nak Ingat

Beberapa hari lalu, kami pernah melaporkan kisah ibu dan bapa yang memberikan nama anak mereka dengan beberapa nama unik sempena COVID-19 iaitu Covid dan Corona serta Lockdown.

Terbaru, sepasang suami isteri di sebuah negeri di utara India telah menamakan bayi mereka dengan nama Sanitiser kerana nama itu mudah diingati berikutan menjadi keperluan orang ramai ketika ini.

Advertisement

mahu kenang tempoh kawalan, seorang bayi lelaki diberikan nama lockdown

Menurut bapa kepada bayi berkenaan, Omveer berkata, sanitiser kini banyak dibekalkan secara percuma kepada orang ramai dalam usaha kerajaan memastikan semua orang kekal selamat daripada jangkitan.

“Menggunakan cecair pembasmi kuman (sanitiser) sangat penting untuk memastikan diri kita selamat daripada Covid-19.

“Saya dan isteri sangat kagum dengan langkah diambil Perdana Menteri, Narendra Modi dan Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath dalam melawan wabak ini.

“Oleh itu, kami sepakat memberi anak kami nama Sanitiser. Apatah lagi, ia digunakan setiap orang ketika ini bagi mengelak penularan kuman di tangan kita,” katanya kepada India Today.

Sebelum ini, seorang bayi dari Indonesia juga telah diberikan nama Virus Abdul Covid sempena wabak koronavirus yang sedang melanda dunia ketika ini.

pasangan ini nekad letak nama anak mereka

Sumber: India Today

ERA Muzik Hit Terkini