Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Niat Nak Beri Sokongan Pada Isteri, Tapi Suami Pengsan Pula Di Bilik Bersalin

Proses melahirkan anak adalah satu proses yang tidak mudah dan hanya wanita sahaja tahu rasa sakit itu.

Disebabkan itulah, ramai suami akan menemani si isteri ketika melahirkan anak, bertujuan bagi memberi semangat sepanjang proses kelahiran.

Advertisement

Namun, satu perkongsian di Instagram telah mencuri perhatian netizen apabila si suaminya dilihat terbaring pengsan ketika dia sedang bersalinkan anak melalui pembedahan C-section.

niat nak beri sokongan pada isteri bersalin, tapi pengsan pula di bilik bersalin

Suaminya itu dilihat sedang dikerumuni tiga petugas perubatan, sambil wanita itu ketawa dan tersenyum.

Tambah lagi, menurut pakar, sebanyak 5% suami akan pengsan di dalam bilik bersalin ketika menemani isteri melahirkan anak, misalnya chef selebriti terkenal, Gordon Ramsay yang juga dilaporkan pengsan di kelahiran anaknya yang kelima Oktober tahun lepas.

Sumber: Daily Mail

ERA Muzik Hit Terkini