Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Suami Kedekut Sorok Wang Daripada Isteri Terima Padah Apabila Wang Lesap Digigit Tikus

Seorang suami yang cuba menyembunyikan wang tunai berjumlah 45,000 Baht (RM5,617) di dalam but keretanya terkejut apabila wang tersebut digigit oleh tikus.

suami kedekut sorok wang daripada isteri terima padah apabila wang lesap digigit tikus

Advertisement

Menerusi sebuah video milik pengguna di aplikasi TikTok @dyfo6zku7dh6, dia meletakkan wang tunainya itu di dalam but kereta di hadapan dengan harapan dapat menyembunyikannya daripada isteri.

Namun, dia terpaksa berputih mata setelah melihat wang tunai simpanannya di dalam but keretanya itu.

@dyfo6zku7dh6

@keng23102540 ต่อๆจากตอนที่แล้ว

♬ เสียงต้นฉบับ - ไหมสายลุยผัวเจ๊เจี๊ยบ

Selepas dilihat, sebahagian besar wang tunai itu habis digigit tikus dan tidak boleh digunakan lagi untuk sebarang urusan jual beli.

Malah, tikus itu telah dikenalpasti telah merosakkan beberapa komponen di dalam keretanya juga sehingga tidak boleh bergerak.

Rata-rata warganet bersimpati dengan wang yang digigit tikus itu dan ramai bercadang untuk menukar wang tersebut di bank.

Sumber: Detik.com

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

ERA Muzik Hit Terkini