Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sudah 99 Peratus Rakyat Patuh Kepada PKP Fasa Dua

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kini masuk fasa kedua, bermula 1 April lalu sehingga 14 April akan datang.

sorok isteri dalam but kereta ketika pkp, lelaki ditahan pihak berkuasa

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, orang ramai kini sudah mula faham tujuan kerajaan menguatkuasakan PKP, sehinggakan pematuhan orang ramai kini meningkat kepada 99 peratus.

Advertisement

"Alhamdulillah, saya amat berterima kasih kepada orang ramai, Majoritinya saya boleh kata kini 99 peratus mematuhi dan memahami pentingnya mereka patuh PKP.

"Mereka memahami bahaya sekiranya PKP ini diabaikan. Satu peratus ini yang degil dan memeningkan kita (polis) kerana mereka tidak ambil kisah tentang wabak Covid-19," katanya seperti dipetik dari Sinar Harian.

Tambahnya lagi, pihaknya kini akan melaksanakan tindakan yang lebih tegas dengan menahan mereka yang ingkar kepada arahan, berbanding dengan hanya memberikan nasihat ketika PKP fasa pertama.

Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan terdapat ramai individu bawah umur yang ditahan kerana ingkar kepada arahan PKP. Oleh itu, ibu dan bapa perlu memainkan peranan masing-masing agar dapat mengawal anak-anak sepanjang tempoh kritikal ini.

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini