Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Suhu Lautan Dunia Semakin Meningkat Lebih Pantas Dari Biasa – Kajian

Dipetik daripada Awani, suhu lautan dunia kini semakin meningkat dalam rekod bacaan yang lebih pantas, sekali gus menunjukkan pemanasan global terus berlaku.

suhu lautan dunia semakin meningkat lebih pantas dari biasa – kajian

Advertisement

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Science itu melaporkan perkembangan pemanasan global yang turut mengancam pelbagai hidupan marin serta bekalan utama Bumi. 

Kira-kira 93 peratus haba berlebihan yang terperangkap di sekeliling Bumi akibat kesan gas rumah hijau, kini terkumpul di lautan-lautan sedunia.

Kesan daripada pemanasan global ini juga mengakibatkan pencairan ais di kutub, dan mengakibatkan paras air laut meningkat sehingga 30 sentimeter. Menurut Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Negara (NASA), pencairan ais di Greenland, yang juga kawasan ais kedua terbesar selepas Antartika, dijangka meningkatkan paras air dunia sehingga  0.8 millimeter.

Sumber: Awani

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini