Skip to main content

Hiburan

Anda Belum Cukup Hebat Jika Tidak Rasai RFC, Antara Sukan Permotoran Paling Sukar Di Dunia

Sudah namanya Top 10 Acara Sukan Permotoran Paling Sukar Di Dunia, sudah tentu kesukarannya bukan biasa-biasa. RFC bukan sahaja menguji adrenalin tetapi, kekuatan fizikal, mental dan kerjasama antara peserta. Ada masanya terpaksa menaiki bukit, menuruni lurah, meredah sungai, belum lagi masuk bab kenderaan terkandas di lumpur, mengangkat halangan, kenderaan terbalik dan tersangkut di kaki bukit. Perjalanan lima minit boleh mengambil masa berjam-jam lamanya.

RFC singkatan untuk Rainforest Challenge 2017, salah satu perlumbaan kenderaan pacuan empat roda 4X4 paling terkenal di dunia. Tahun ini acara RFC ke-21 diadakan sempena Kerajaan Negeri Pahang dan Tahun Melawat Pahang di Kuantan, Sg Lembing, Gambang, Ulu Bera, Rompin dan Pekan.

Paling menarik, anda boleh melihat sendiri kesukaran acara ini di upacara pembukaan yang diadakan di Tasik Titiwangsa pada 24 November dan penamat di Pekan pada 4 Disember kerana kedua-dua upacara ini dibuka kepada umum. Jika anda peminat sukan permotoran tetapi tidak mengetahui tentang RFC, anda perlu baca artikel ini sehingga habis. Kami senaraikan lima sebab anda tidak patut melepaskan peluang untuk menyaksikan acara yang mengujakan ini!

 #1 Bukan Aksi Di Litar Berturap

anda belum cukup hebat jika tidak rasai rfc, antara sukan  permotoran paling sukar di dunia

Deruman enjin pacuan empat roda 4x4 bakal menggegar kawasan rimba di sekitar Pahang tahun ini. Acara ini berbeza daripada F1 yang menguji kemahiran pelumba memecut di litar berturap dan menawan selekoh tajam, acara ini menguji kemahiran peserta menawan rimba Malaysia yang sukar diduga.

Pelumba RFC perlu mengendali kenderaan pacuan empat roda 4x4 mereka di laluan berumput, berlumpur, curam licin dan merentasi sungai serta halangan yang memacu adrenalin serta kekuatan mental serta fizikal mereka. Walaupun hanya 2km, tiada trek spesifik di hutan. Perjalanan lima minit boleh menjadi dua jam selepas hujan. Tanah menjadi licin, paras air meninggi dan tanah runtuh. Inilah antara sebabnya jadual aktiviti terpaksa ditukar. Peserta perlu cekap dan pada masa yang sama peka dengan perubahan semasa.  

Anda tidak percaya? Lihat sahaja jadual acara ini di sini. Hanya mereka yang benar-benar mempunyai ketahanan fizikal dan mental mampu meredah segala halangan dan sampai ke garisan penamat!

#2 Pengiktirafan

anda belum cukup hebat jika tidak rasai rfc, antara sukan  permotoran paling sukar di dunia

RFC telah menerima pelbagai pengiktirafan sejak mula diperkenalkan pada tahun 1997. Antara pengiktirafan yang diterima termasuklah dari Malaysia Book of Records untuk Perhimpunan Pacuan empat roda 4x4 Terbanyak (972 kenderaan) dan Acara 4x4 Paling Banyak Penyertaan Negara (27 negara). Badan Pelancongan Malaysia pula mengangkat RFC sebagai Top 10 Acara Sukan Pelancongan Paling Hebat di Malaysia manakala US Gawker Media mengiktiraf acara ini Top 10 Sukan Permotoran Paling Lasak Di Dunia.

#3 Penyertaan Tahun Ini

anda belum cukup hebat jika tidak rasai rfc, antara sukan  permotoran paling sukar di dunia

Jika sebelum ini RFC pernah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai acara 4x4 yang mempunyai paling banyak penyertaan negara dengan 27 penyertaan, tahun ini penyertaan meningkat kepada 30 buah negara, termasuk Rusia, Poland, Itali, India, Brunei, China, Sepanyol, Belanda, Brazil, Jerman, Singapura, Austria dan Malaysia.

Salah satu daripada 10 perlumbaan kenderaan bermotor paling ekstrem di dunia, hanya RFC yang akan diadakan di Asia tahun ini. Sudah tentu ia menjadikan Malaysia tumpuan peminat sukan ini. 

#4 Kategori

anda belum cukup hebat jika tidak rasai rfc, antara sukan  permotoran paling sukar di dunia

Tahun ini RFC menampilkan kenderaan pacuan empat roda untuk kategori bawah 3050cc, di atas 3050cc, production pick-up truck, modified pick-up truck, portal axles, electric winch dan PTO winch.

#5 Kuasa Dalaman

anda belum cukup hebat jika tidak rasai rfc, antara sukan permotoran paling sukar di dunia

Sesebuah kenderaan itu akan lebih BERKUASA dengan minyak turbo diesel. Bukan senang nak mengendalikan kenderaan yang tersangkut di dalam lumpur atau yang perlu menyeberangi sungai dengan arus deras. Keseronokan ini boleh terjejas jika peserta membuat pilihan minyak yang salah. 

Para peserta cukup bertuah kerana mereka menggunakan Petron Turbo Diesel Euro 5 berkuasa tinggi yang merupakan penaja minyak rasmi RFC 2017.

Petron Turbo Diesel Euro 5 bukan sahaja meningkatkan pembakaran dan pembaikan enjin untuk memberikan lebih kuasa malah turut bertindak melindungi enjin. Minyak Petron Turbo Diesel Euro 5 dengan tindakan pembersihan tanpa henti dan mempunyai kandungi sulfur serendah 10ppm (berbanding 500ppm diesel biasa), menjadikannya 50x lebih bersih kepada alam sekitar dan enjin.

ERA Muzik Hit Terkini