
Sumber: Stadium Astro
Advertisement
Acara Sukan Sea 2017 semakin meriah selepas Malaysia berjaya membawa pulang satu emas, satu perak dan dua gangsa setakat ini. Bukan itu sahaja pasukan Bola Jaring juga menang tanpa kalau dalam 3 perlawanan, manakal pasukan bola sepak menang menentang Singapura malam tadi, 2-1 di Stadium Shah Alam.
Jadi pastinya ramai yang ingin menyaksikan perlawan yang dipertandingkan. Ni lokasi acara sukan yang tak memerlukan tiket untuk masuk.

• Pusat Dagangan dan Antarabangsa Malaysia (MITEC)
Jenis sukan yang ada di sini adalah hoki dalam dewan, bola tampar, ping pong, lawan pedang, angkat berat, muay thai dan tinju.
• Gelanggang Ais Empire City
Hoki ais, luncur ais (figure skating & short track)
• Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
Judo, Karate-Do, Wushu dan Pencak Silat.
• Velodrom Nasional, Nilai
Keirin dan berbasikal lebuhraya
• Taman Ekuestrian Putrajaya
Inilah masanya nak tengok YB Khairy Jamaluddin beraksi menunggang kuda.
Selain dariapda di atas ada renang terbuka, kriket, golf, boling padang, tenis, luncur air, menembak, pelayaran, triatlon serta petanque.
Ataupun TIKET sahaja untuk tengok perlawanan yang masuk percuma
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
