Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penganjur Sukan SEA 2019 Tarik Balik Pingat Emas Atlet Gimnas Negara, Gantikan Dengan Perak

Tindakan penganjur Sukan SEA 2019 menarik semula pingat emas atlet gimrama negara, Izzah Amzan menerusi acara riben telah mengundang rasa tidak puas hati skuad kontijen negara.

penganjur sukan sea 2019 tarik balik pingat emas atlet gimnas negara, gantikan dengan perak

Advertisement

Izzah Amzan telah berjaya memperoleh emas selepas berkongsi mata sama dengan atlet gimrama negara iaitu Koi Sie Yan menerusi acara riben wanita pada 7 Disember lalu.

Namun begitu, beliau telah diberikan perak berdasarkan kedudukan pingat terbaru yang disiarkan menerusi laman web rasmi Sukan SEA 2019.

penganjur sukan sea 2019 tarik balik pingat emas atlet gimnas negara, gantikan dengan perak

Ekoran daripada itu, Chef de Mission kontijen Malaysia telah menghantar surat bantahan rasmi kepada PHISGOC berhubung penarikan semula pingat emas yang dimenangi gimnas negara itu.

Berdasarkan pada temasya sebelum ini, atlet yang meraih jumlah mata sama pernah diberi kemenangan bersama seperti berlaku di temasya Sukan Sea 2015 di Singapura.

ERA Muzik Hit Terkini