Vaksin COVID-19 kini sedang giat dibangunkan oleh kebanyakkan negara pengeluar dalam usaha membendung penularan wabak ini daripada terus berleluasa.

Bagaimanapun, ujian klinikal vaksin COVID-19 yang diadakan oleh sebuah syarikat farmaseutikal di Amerika Syarikat, dilaporkan telah mengakibatkan seorang sukarelawannya mengalami penyakit misteri.
Advertisement
Disebabkan itu, ujian klinikal ini terpaksa dihentikan sementara bagi membolehkan mereka mengenalpasti kesan sampingan vaksin berkenaan.
Syarikat AstraZeneca yang bertanggungjawab membangunkan vaksin yang dikenali sebagai AZD1222, hasil usahasama bersama Universiti Oxford dalam menjadi pendahulu global pembangunan vaksin COVID-19.
Tidak didedahkan maklumat lanjut mengenai penyakit misteri itu, menurut syarikat berkenaan penyakit adalah berkemungkinan berlaku pada ujian sekala besar.
AstraZeneca adalah antara sembilan syarikat yang kini memauski ujian Fasa 3 vaksin COVID-19. Jika ujian ini berjaya, ia akan dipasarkan ke seluruh negara seawal hujung tahun ini.

Sumber: The EDGE Markets