Hampir satu perempat penduduk dunia tidak akan mendapat vaksin COVID-19 sehingga tahun 2022, menurut satu kajian terbaru.

Pakar dari Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health di Baltimore, Amerika Syarikat berpendapat bahawa negara berpendapatan tinggi lebih mudah mendapat akses vaksin, tetapi masih ada ketidakpastian mengenai akses untuk negara berpendapatan sederhana dan rendah.
Advertisement
Mereka mengatakan bahawa dari 48 vaksin COVID-19 yang kini telah diluluskan atau sedang dibangunkan, hanya 13 pengeluar telah akan menghasilkan sekurang-kurangnya 7.48 bilion dos.
Kajian yang diterbitkan menerusi Jurnal Perubatan British (BMJ), mereka menyatakan bahawa negara-negara berpendapatan tinggi seperti Eropah, telah menempah 51% daripada dos ini, atau sekitar 3.85 bilion dos, walaupun mereka terdiri daripada 13.7% penduduk dunia.
"Dari 13 pengeluar, hanya enam yang menjual ke negara berpendapatan rendah dan sederhana," kata penyelidik.

Pakar juga telah memberi amaran bahawa meskipun vaksin telah dihasilkan, penduduk di negara-negara miskin terpaksa menunggu lama untuk mendapat suntikan.
"Walaupun pengeluar vaksin ini berjaya mencapai kapasiti pengeluaran maksimum, hampir satu per empat populasi dunia tidak akan mendapat akses ke vaksin sekurang-kurangnya hingga tahun 2022.
"Kajian ini memberikan gambaran umum mengenai bagaimana negara-negara berpendapatan tinggi memperoleh bekalan vaksin COVID-19 di masa depan, tetapi akses untuk seluruh dunia tidak dapat dipastikan," kata penyelidik dalam jurnal berkenaan.