Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sungai-Sungai Di Lembah Klang Kembali Jernih Sejak Laksana PKP

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak perkara sudah berlaku dan norma kehidupan kita juga sudah banyak berubah.

Menerusi Global Environment Centre (GEC), jelas dapat dilihat perbezaan yang berlaku khasnya terhadap sungai-sungai di Lembah Klang yang dahulunya berwarna coklat, kini bertukar menjadi jernih.

Advertisement

sungai-sungai di lembah klang kembali jernih sejak laksana pkp

Dr K. Kalithasan yang juga ketua program cintai sungai GEC berkata, antara sungai yang sudah kelihatan jernih sejak pelaksaan PKP adalah seperti Sungai Gombak, Sungai Way dan Sungai Kemunsing.

Sungai-sungai ini dahulunya kotor dek kerana pencemaran sampah-sarap, industri dan juga kawasan perumahan, kini bertukar menjadi jernih dan bersih.

sungai-sungai di lembah klang kembali jernih sejak laksana pkp

Persoalannya, adakah situasi ini akan terus kekal selamanya, meskipun wabak COVID-19 nanti berakhir?

Sumber: Global Environment Centre

ERA Muzik Hit Terkini