Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ini Peluang Saksikan Super Moon Terakhir Tahun Ini Pada 7 Mei

Orang ramai berpeluang untuk saksikan sendiri kejadian Super Moon pada malam Khamis, 7 Mei ini.

Menurut Science Focus, kejadian Super Moon ini adalah yang ke empat dan juga terakhir akan terbit pada tahun 2020. Ia juga dikenali sebagai Super Flower Moon kerana terbit saat bermulanya musim bunga pada tahun ini.

Advertisement

ini peluang saksikan super moon terakhir tahun ini pada 7 mei

Jika cuaca dan keadaan langit cerah, orang ramai juga berpeluang untuk saksikan saiz bulan yang lebih besar daripada biasa, berwarna kuning ke jingga gelap.

Menurut Time and Date, waktu yang sesuai untuk melihat fenomena alam semulajadi ini adalah bermula jam 6.45 petang hingga jam 7.18 malam.

ini peluang saksikan super moon terakhir tahun ini pada 7 mei

Buat yang terlepas untuk saksikan kejadian Super Moon ini, anda boleh saksikan ia semula pada 27 April 2021.

Sumber: Science Focus / Time and Date

ERA Muzik Hit Terkini