Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sebak dan Sayu Baca Surat Arwah Amiel Buat Ibu dan Ayah

sebak dan sayu baca surat arwah amiel buat ibu dan ayah

Sumber: Harian Metro 

Advertisement

Seluruh rakyat Malaysia bersedih di atas kejadian yang menimpa Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat yang mengorbankan pelajar dan guru di situ. 

Sepucuk surat tersebar di media sosial dari salah seorang pelajar yang terkorban iaitu adik Amiel Asyraf Abdul Rashid, 11. Surat tersebut sangat menyentuh hati dan membuatkan air mata mengalir memikirkan mereka yang menjadi mangsa kebakaran. 

sebak dan sayu baca surat arwah amiel buat ibu dan ayah

Amiel memberikan surat di atas kepada ibunya, Norhayati Khalid,42, ketika melawatanya di pusat tahfiz itu. 

"Saya bawakan makanan kegemaran dia, nasi goreng Pataya. Sebelum balik, dia beri saya surat,"

"Antara kandungan surat itu, dia mahu menolong masukkan saya ke syurga dan minta maaf, jika ada salah dan silap," katanya.

"Bomba memaklumkan mungkin Amiel adalah seorang daripada mangsa kerana dia berada di katil tengah bilik yang terbakar," katanya.

Al-fatihah. 


*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm

sebak dan sayu baca surat arwah amiel buat ibu dan ayah

ERA Muzik Hit Terkini