Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tak Puas Hati Dihalau Dari Saf Pertama, Kanak-Kanak Tulis Surat, ''Saya Dah Sunat..''

Beberapa hari lalu, tular sepucuk surat daripada seorang kanak-kanak meluahkan rasa tidak puas hati selepas dihalau dari saf pertama ketika menunaikan solat disebuah surau.

tak puas hati dihalau dari saf pertama, kanak-kanak tulis surat,

Nadzrul Zarfan Sharul Azly, kanak-kanak yang menulis sepucuk surat meluahkan rasa tidak puas hati kepada pengerusi dan AJK surau berkenaan, namun tidak dinyatakan lokasi sebenar surau terbabit.

Advertisement

tak puas hati dihalau dari saf pertama, kanak-kanak tulis surat,

Zarfan mempersoalkan tindakan pengerusi surau memintanya agar untuk bersolat pada barisan saf ketiga sedangkan dia perlu berada di saf hadapan.

"Assalamualaikum tok imam, tok pengerusi surau dan semua AJK surau, saya ingin bertanya, adakah hadis Rasulullah SAW yang menyatakan budak-budak kena duduk belakang ketika solat? Mesti tak ada kan. Kenapa semalam tok pengerusi halau saya dari saf pertama sampai saya kena duduk kat saf ketiga.

"Saya sebenarnya sudah berkhatan. Tok pengerusi tak bolehlah halau saya dari saf pertama dan lagi satu ya, saya nak tanyalah, harap tok pengerusi jangan marah. Kenapa kalau ada budak kecil duduk dekat saf pertama tok pengerusi atau orang lain akan halau budak itu?

"Sebelum nak halau budak ke atau orang lain, tanya dulu sama ada sudah berkhatan atau belum. Walaupun saya masih budak, saya solat khusyuk bukan semua budak-budak suka main waktu solat.

"Sewaktu saya di Makkah dan Madinah, saya tidak pernah dihalau untuk solat di belakang. Saya pernah solat di hadapan Kaabah dan tidak ada sesiapa yang halau saya. Saya tidak setuju dengan budak kecil kena duduk belakang sewaktu solat. Budak kecil juga ada hak untuk duduk depan," luahnya.

Foto surat yang dimuatnaik menerusi akaun Twitter @hafizisaari telah menjadi tular dan mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di laman Facebook dan Instagramnya.

tak puas hati dihalau dari saf pertama, kanak-kanak tulis surat,

tak puas hati dihalau dari saf pertama, kanak-kanak tulis surat,

tak puas hati dihalau dari saf pertama, kanak-kanak tulis surat,

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jawapan pakcik untuk anakanda Nadzrul.

A post shared by Mufti Wilayah Persekutuan (@drzulkifli.albakri) on

ERA Muzik Hit Terkini