Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Suspek Bunuh Tiga Sekeluarga Direman, Ditahan Merayau Di Bukit Bintang

suspek bunuh tiga sekeluarga direman, ditahan merayau di bukit bintang

Suspek utama yang dipercayai membunuh sebelum membakar kediaman keluarganya sehingga menyebabkan kematian ibu bapa serta anak saudaranya di Kampung Paya Redan di Pagoh, Jumaat lalu direman di Mahkamah Majistret Muar hari ini.

Advertisement

Majistret Fatin Dalilah Khalid mengeluarkan Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 48 tahun itu bermula hari ini sehingga 20 Ogos bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Selepas lima hari menghilangkan diri suspek berjaya dicekup dan dibawa ke Kompleks Mahkamah Muar kira-kira pukul 9.13 pagi tadi.

Lelaki yang masih bujang itu difahamkan berjaya ditahan ketika sedang merayau-rayau di Bukit Bintang, Kuala Lumpur sekitar pukul 1 pagi tadi.

Terdahulu, pasangan warga emas Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan Ara Abdul Hamid, 76, serta cucu mereka Noradriana Nor Hisyam, 11, maut selepas rumah mereka hangus dijilat api pada awal pagi Jumaat lalu.

 

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini