Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rosakkan Barang Hotel Semasa Kuarantin, Suspek Disyaki Alami Sakit Mental

Kerosakkan teruk yang berlaku di sebuah hotel di Sarawak yang juga dijadikan pusat kuarantin COVID-19 telah menarik perhatian ramai.

ramai berang bila tahu kluster kayangan rosakkan barang dalam bilik kuarantin

Sejak Jumaat lalu, tular di media sosial beberapa foto yang menunjukkan kerosakkan teruk yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Advertisement

Hasil pemeriksaan mendapati, ia dilakukan oleh seorang pelajar yang berusia 23 tahun.

ramai berang bila tahu kluster kayangan rosakkan barang dalam bilik kuarantin

“Saya baharu sahaja melihatnya di media sosial dan masih menunggu laporan siasatan penuh (daripada JPBN Sarawak) dan saya harap ia adalah kes terpencil kerana di Kuching sahaja kita telah mengkuarantinkan hampir 3,000 orang dengan menggunakan 2,000 buah bilik hotel,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Selain daripada melakukan kerosakan pada barangan dalam bilik, suspek juga telah mencetus kekacauan apabila bertindak membakar botol cecair pembasmi kuman di lobi hotel berkenaan.

rosakkan barang hotel semasa kuarantin, suspek disyaki alami sakit mental

Suspek kini telah ditahan dan dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS)  kerana disyaki mengalami masalah mental, lapor Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini