Satu kajian oleh Singapore University of Technology and Design (SUTD) meramalkan 6 Mei sebagai tarikh akhir penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
Menerusi data yang dikeluarkan oleh SUTD Data-Driven Innovation Lab pada Jumaat lalu menggunakan model susceptible-infected-recovered (SIR) sekurang-kurangnya 97 peratus penurunan, ke atas beberapa buah negara termasuk Malaysia.
Advertisement
Dijangkakan 6 Mei ini Malaysia akan tamat wabak jangkitan pada bacaan 97 peratus penurunan, dan 100 peratus tamat jangkitan pada 5 Julai 2020.

Model SIR digunakan untuk memodelkan penyebaran penyakit pandemik ini dengan menggunakan kalkultor grafik bagi memplotkan graf.
Menurut kajian itu lagi, dunia akan pulih sepenuhnya daripada wabak COVID-19 pada 8 Disember manakala pada 29 Mei ini peratusan jangkitan itu akan turun kepada 97 peratus.

Virus tersebut juga diramalkan berakhir di Singapura pada 4 Jun ini dengan 97 peratus penurunan sementara di Itali pada 7 Mei, Jepun (18 Mei), Indonesia (6 Jun), India (21 Mei), Mesir (19 Mei) dan Filipina (8 Mei).

Australia pula diramal negara paling awal sembuh 100 peratus penurunan iaitu pada 22 Mei ini.

Berikut adalah senarai negara-negara yang dikaji berserta tarikh jangkaan tamat jangkitan wabak, seperti yang dikeluarkan oleh Singapore University of Technology and Design (SUTD) di sini.




Model SIR sebelum ini juga pernah digunakan untuk meramalkan beberapa penyakit seperti SARS pada 2003 dan juga AIDS.
Sumber: Awani