Ada banyak cara untuk menaikkan semangat pekerja ditempat kerja, salah satu daripadanya adalah dengan membela anak kucing.
Sebuah syarikat yang bertempat di Ohio telah membela dua ekor anak kucing yang diberi nama Debit dan Credit.
Advertisement

Dua ekor anak kucing ini mulai tular dilaman Reddit kerana syarikat berkenaan membela mereka dengan tujuan bagi menaikkan semangat para pekerja. Tidak cukup dengan itu, mereka juga membuat satu akaun Instagram khas buat kucing-kucing ini.

Kucing terbabit banyak menghabiskan masa dengan bermain-main dan juga menghiburkan pekerja, selain daripada hanya tidur semata-mata.


Walau bagaimanapun, kedua-dua kucing terbabit dilaporkan telah dibela oleh seseorang dan tidak lagi tinggal dalam ofis.
Sumber: Instagram @ourofficekittens