Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Remaja Perempuan Tertekan Ada Tabiat Pelik Suka Telan Rambut Sendiri

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dari selatan India mempunyai tabiat pelik iaitu gemar memakan rambutnya kerana ada masalah tekanan melampau.

remaja perempuan tertekan ada tabiat pelik suka telan rambut sendiri

Perbuatan itu mengundang padah apabila gadis itu terpaksa dibedah bagi membuang gumpalan rambut yang tersekat selepas beliau mengadu sakit perut.

Advertisement

Doktor yang merawat gadis ini pada mulanya menjalankan ujian endoskopi dan menemui gumpalan bulu pada bahagian perut.

remaja perempuan tertekan ada tabiat pelik suka telan rambut sendiri

Pakar gastroenterologi dari VGM Gastro Center, Gokul Kripa Shankar berkata, sebanyak 500 gram rambut telah berjaya dikeluarkan dari perut remaja itu.

Remaja perempuan itu kini telah selamat dibedah namun tidak dapat dipastikan sama ada dia akan mendapat rawatan psikatari atau tidak.

Sumber

ERA Muzik Hit Terkini