Hari ini, satu lagi penyingkiran finalis Personaliti Top ERA (PTE) 2019 telah diumumkan apabila Taha Muhammad mendapat markah terendah.
Pengumuman yang dibuat oleh Radin dan Danial ketika segmen ERA D’boyz ini telah menjadikan baki finalis yang tinggal kepada 10 orang sahaja dengan Dania Irdina Khilmi sekali lagi mendapat markah tertinggi dalam tugasan yang diberi.
Advertisement
Di hari keempat PTE2019, finalis diberikan tugas untuk membuat show prep dan juga perlu mengulas perlawanan bolasepak pusingan kedua Kelayakan Piala Dunioa 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia menentang Vietam malam tadi.
Dengan baki finalis yang tinggal, cabaran untuk PTE2019 dijangka semakin sukar dan hanya mereka yang layak sahaja akan dipilih untuk menjadi personaliti ERA yang seterusnya.

Siapa pilihan anda?