Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Suka Tahan Bersin Boleh Datang Kecederaan Serius Termasuk Tekak Koyak Macam Lelaki Ni

via GIPHY

Advertisement

Sumber: Berita Harian 

Bersin adalah satu nikmat kepada badan kita di mana bersin sebenarnya buang bakteria yang hidung kita rasa. Tapi ada sesetengah orang suka tahan bersin dengan tutup hidung. Ianya sangat bahaya ! 

Kajian yang diterbitkan oleh jurnal perubatan BMJ Case Reports menjelaskan bahawa, orang yang tahan bersin ni boleh menyebabkan tekanan dalaman. Seorang pesakit tiba di sebuah hospital di Leicester, England kerana mengadu leher yang bengkak dan sakit yang teramat sangat. 

"Pesakit menjelaskan rasa meletup pada lehernya selepas cuba menahan bersin dengan memicit hidung dan menutup mulut," kata doktor menerangkan secara terperinci dalam kajian diterbitkan jurnal perubatan BMJ Case Reports.

Daya tahanan bersin menyebabkan belakang tekak mangsa terkoyak dan terbuka melalui Imbasan Tomografi Berkomputer (CAT) yang dilakukan. 

"Menahan bersin dengan menyekat lubang hidung dan mulut adalah tindakan berbahaya dan perlu dielakkan," jelas doktor. 

Jadi kalau hidung rasa nak terbersin, bersin sahaja. Tak perlu tahan atau malu ke apa sekiranya anda sayangkan diri anda. 

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini